Saturday, 18 March 2017

Kepentingan Niat

Kepentingan Niat

عَنْ عُمَرَ - رضي الله عنه - ، قال : سََِعْتُ رَسولَ اللهِ - صلى الله عليه وسلم -يقولُ : إنََّما الأعمَال
بالنِّ يماتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما ن وََى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْ رَتُهُ
  ((لِدُنْ يَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ ي نَْكِحُهَام فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ (( . رواهُ البُخاريُّ ومُسلِ م


‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya amalan itu mesti dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia
niatkan. Sesiapa yang hijrahnya ialah kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya ialah ialah
kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya adalah untuk dunia yang akan dia perolehi,
atau wanita yang akan dia nikahi. Maka hijrahnya itu untuk apa (tujuan) dia berhijrah kepadanya.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Status hadis:

Hadis ini merupakan sebuah hadis yang disepakati kesahihannya. Ia merupakan sebuah hadis yang
gharib kerana ia hanya melalui jalur periwayatan daripada:
Yahya bin Sa’id al-Ansori - Muhammad bin Ibrahim at-Taimi - ‘Alqamah bin Waqqas al-Laithi
- ‘Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu.
Selepas Yahya bin Sa’id barulah terdapat ramai periwayat daripada beliau antaranya: Imam Malik,
Al-Auzaie, Sufyan bin ‘Uyainah dan lain-lain. Dikatakan terdapat tujuh ratus orang yang
meriwayatkan daripada Yahya bin Sa’id al-Ansori.

Kedudukan Hadis:

Ramai ulama menyebutkan tentang keutamaan dan kedudukan hadis ini sebagai salah satu hadis
yang menjadi pokok atau asas kepada ajaran Islam.
Imam ‘Abdul Rahman bin Mahdi berkata:

لو صنمفتُ الأبوابَ ، لجعلتُ حديثَ عمرَ في الأعمالِ بالنِّ يةِ في كلّ بابٍ

Jika aku mahu menulis banyak bab. Nescaya aku akan menjadikan hadis ‘Umar tentang amalan
dengan niat pada setiap bab.

Imam al-Syafie berkata:

هذا الحديثُ ثلثُ العلمِ ، ويدخُلُ في سبعينَ باباً مِنَ الفقه

Hadis ini merupakan satu pertiga ilmu. Ia termasuk di dalam tujuh puluh bab feqh.

Imam Ahmad berkata:

أصولُ الإسلام على ثلاثة أحاديث: حديث عمرَ : الأعمالُ بالنيات، وحديثُ عائشة : مَنْ أحدثَ في أمرِنا
هذا ما ليس منهُ ، فهو ردٌّ ، وحديثُ النُّعمانِ بنِ بشيرٍ : الحلالُ بين ، والحَرامُ بين

Usul kepada Islam ialah tiga buah hadis: Hadis ‘Umar: Amalan mesti dengan niat, hadis ‘Aisyah:
Sesiapa yang mencipta perkara baru dalam urusan kami yang bukan daripadanya, maka ia
tertolak, dan hadis An-Nu’man bin Basyir: Halal itu jelas, dan haram itu jelas.

Sebab Wurud Hadis

Antara yang masyhur mengenai hadis ini ialah kisah Ummu Qais.

قَالَ عَبْدُ اللهِ:"مَنْ هَاجَرَ يبَْتَغِي شَيْئًا فهُوَ لَهُ"، قَالَ:"هَاجَرَ رَجُل لِيَتَزَجَ امْرَأَةً يقَُالُ لها: أُمُّ قَيْسٍ، وَكَانَ يُسَم مى
 .مُهَاجِرَ أُمِّ قَيْسٍ 

‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu berkata: Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan sesuatu,
maka itu yang akan dia dapat. Seorang lelaki telah berhijrah untuk mengahwini seorang wanita
yang dipanggil Ummu Qais. Lelaki itu dipanggil Muhajir Ummi Qais. [At-Thabrani dalam Al-Mu’jam
Al-Kabir, ‘Abdullah bin Mas’ud, no: 8455]
Zahih riwayat ini menunjukkan ia bukan berlaku di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Al-
Imam Ibn Rajab al-Hanbali, Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menolak dakwaan bahawa kisah ini
adalah sebab kepada hadis ‘Umar di atas.
Huraian teks hadis:

الأعمَال بالنِّ ياتِ

Amalan dengan niat.


Ulama berbeza pendapat, adakah amalan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah amalan-amalan
yang khusus yang memang memerlukan kepada niat seperti solat, puasa, zakat. Lalu
amalan-amalan yang menjadi kebiasaan seperti makan, minum, dan tidur tidak termasuk di
dalamnya.
Sebahagian ulama pula menyatakan hadis ini umum sehingga ia merangkumi amalan-amalan yang
menjadi kebiasaan seperti makan dan minum.
Potongan hadis ini menunjukkan bahawa penentuan baik atau buruk amalan seseorang
bergantung kepada niat atau sebab dia melakukannya. Sesuatu amalan yang baik, tetapi niat
dilakukan bukanlah atas tujuan yang baik, maka ia dikira sebagai satu perbuatan yang buruk. Akan
tetapi ini tidaklah bermaksud bahawa semua amalan menjadi baik hanya kerana niat yang baik.
Niat yang baik perlulah disertai dengan amalan yang baik.

لِكُلِّ امريءٍ ما نوََى

Untuk setiap orang, apa yang dia niatkan.

Ini menunjukkan bahawa balasan bagi setiap amalan tersebut bergantung kepada niatnya. Jika
niatnya baik, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran pahala. Jika niatnya buruk, maka
seseorang itu akan mendapat dosa. Ini bermaksud jika seseorang melakukan sesuatu yang mubah
(harus) dengan niat sekadar melakukan perkara yang harus, maka dia tidak mendapat apa-apa
pahala mahupun dosa.

No comments:

Post a Comment