Saturday, 25 March 2017

Jenis-Jenis Amalan Yang Tidak Ikhlas

Jenis-Jenis Amalan Yang Tidak Ikhlas

Ia tidak ikhlas sepenuhnya.

Ini sebagaimana amal ibadah orang munafiq. Allah berfirman:

وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصلاةِ قَامُوا كُسَالَى يرَُاؤُونَ الناسَ وَلَ يَذْكُرُونَ اللهَ إلَا قَلِيلا 
Apabila mereka bangun mendirikan solat, mereka bangun dalam keadaan malas dan           menunjuk nunjuk kepada manusia.Mereka tidaklah mengingati Allah kecuali sedikit sahaja. [An-Nisa’ : 142]

فَوَيْل لِلْمُصَلِّينَ الذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِِِهمْ سَاهُونَ الذِينَ هُمْ يرَُاؤُونَ
Celakah bagi orang yang solat. Iaitu orang-orang yang lalai di dalam solatnya, dan mereka
menunjuk-nunjuk.
[Al-Ma’un : 4-6]

Amalan yang sebegini secara jelas ia ditolak oleh Allah, dan pelakunya berdosa besar.
Bercampur Ikhlas dan Riya’.Apabila sesuatu amalan itu, sejak awal lagi saat ia didirikan sudah termasuk di dalamnya niat riya’ maka amalan tersebut tidak diterima.

عَنْ أَبِِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : أَنَا أَغْنََ الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَه 
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah
berkata: Aku tidak memerlukan kepada sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dan
menyekutukan Aku pada amalan tersebut dengan selain Aku. Aku tinggalkan dia dan apa yang dia
syirikkan itu [Sahih Muslim, Kitab ar-Riqaq, hadis no: 2985]

عَنْ أَبِِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ ، قَالَ : " جَاءَ رَجُل إِلَى النبِِِّي صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ ، فَقَالَ : أَ رَأَيْتَ رَجُلا غَزَا يلَْتَمِسُ
الأَجْرَ وَالذِّكْرَ مَا لَهُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ : لَا شَيْ ءَ لَه ، فَأَعَادَهَا ثَلاثَ مَراتٍ ، يقَُولُ لَهُ
رَسُولُ اللهِ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ : لَا شَيْءَ لَهُ ، ثُُم قَالَ : إِن اللهَ لَا يقَْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلَا مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا
وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُه 
Abu Umamah al-Bahili radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam lalu berkata: Apa pandangan engkau tentang seorang lelaki yang berperang untuk
mendapat ganjaran dan kemasyhuran. Apakah yang akan dia perolehi? Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam menjawab: Dia tidak mendapat apa-apa. Lelaki itu mengulangi soalan sebanyak tiga kali,
dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Dia tidak mendapat apa-apa. Kemudian
baginda bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali ia dilakukan ikhlas dan
mengharapkan wajahNya. [An-Nasaie dalam As-Sunan Al-Kubra, Kitab al-Jihad, hadis no: 4231]

Akan tetapi jika asal ibadah itu adalah ikhlas, tetapi di tengah-tengah ibadah muncul perasaan
riya’, maka ia terbahagi kepada beberapa kategori:

A- Riya’ muncul di tengah-tengah ibadah, lalu kita menolak perasaan riya’ itu. Ulama’
sepakat amalan itu diterima oleh Allah.

B- Perasaan riya’ yang muncul di tengah-tengah ibadah itu berterusan sehingga ke akhir
ibadah.

- Sebahagian ulama menyatakan amalan itu diterima. Imam Ahmad dan Ibnu Jarir at-Thabari
berkata amalannya diterima berdasarkan niat awalnya yang ikhlas. Ini berdasarkan sebuah
riwayat mursal:

عَنْ عَطَاءٍ الجرَُْْاسَانِِِّّي ، أَن رَجُلا ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، إِن بَني سَلِمَة كلهُمْ يقَُاتِلُ ، فَمِنْ هُمْ مَنْ يقَُاتِلُ لِلدُّنْيَا
، وَمِنْ هُمْ مَنْ يقَُاتِلُ ، يعَْني نََْجدَةً ، وَمِنْ هُمْ مَنْ يقَُاتِلُ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ ، فَأَيهُُّمُ الشهِيدُ ؟ قَالَ : كُلُّهُمْ إِذَا كَانَ
أَصْلُ أَمْرِهِ أَنْ تَكُونَ كَلِمَة اللهِ هِيَ الْعُلْيَا.
‘Atho’ al-Khurasaniyy meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya
semua orang daripada Bani Salamah pergi berperang. Sebahagian mereka pergi berperang untuk
habuan dunia, sebahagian lagi berperang sekadar untuk membantu, dan sebahagian lagi
berperang untuk mendapatkan wajah Allah. Siapakah di antara mereka yang syahid? Baginda
menjawab: Semua mereka, selagi mana asal tujuan mereka ialah menjadikan kalimah Allah
sebagai yang tertinggi. [Abu Daud dalam Al-Marasil, Bab Fi Fadhl al-Jihad, no: 321]

Imam ath-Thabari berkata ini berkaitan amalan seperti solat dan puasa, yang mana niatnya adalah
syarat daripada sejak awal hingga akhir. Adapun untuk sedekah, zikir, membaca al-Quran, maka
ia memerlukan kepada niat yang baru. Ini bermaksud amalan tadi yang bercampur dengan riya’
tidak akan dikira.

Sunday, 19 March 2017

Kepentingan Ikhlas

Kepentingan Ikhlas

Terdapat banyak dalil dalam al-Quran dan al-Hadis yang mengajar kita tentang kepentingan
mengikhlaskan amalan kita untuk Allah semata-mata.

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنيَا  نؤُْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيب 
Barangsiapa yang mahukan keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan
barangsiapa yang mahukan keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian daripada
keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. [Al-Syura : 20]



مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُُم جَعَلْنَا لَهُ جَهَنممَ يَصْلاهَا مَذْمُوماً مَدْحُوراً ( 18 ) وَمَنْ
( أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لها سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِن فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُور اً ( 19
    Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang [duniawi], maka Kami segerakan baginya di dunia
itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka
Jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. (18) Dan barangsiapa yang
menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia
adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik. [Al-Isra’
: 18-19]

(فَمَنْ كَانَ يرَْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالحًِا وَلََا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ) 
Sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Tuhannya. Hendaklah dia melakukan amal soleh
dan janganlah dia mensyirikan tuhannya dengan sesiapa pun dalam ibadahnya. [Al-Kahf : 110]


عَنْ جَابِرٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : " يحشَرُ الناسُ عَلَى نِياتِِِمْ
Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Manusia akan
dibangkitkan berdasarkan niat-niat mereka. [Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4371]

عَنْ أَبِِى سَعِيدٍ , قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللهِ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ وَنََْحنُ نتََذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدجالَ , فَقَالَ : "
أَلََا أُخْبِِركُُمْ بِما هُوَ أَخْوَف عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ المدجالِ " , قَالَ : قلُْنَا : بلََى , فَقَالَ : " الشِّرْكُ الخفَِْْيُّ
, أَنْ يقَُومَ الرجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يرََى مِنْ نَظَرِ رَجل . "
Abu Sa'id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah s.a.w keluar menemui kami, dan ketika
itu kami sedang bercerita tentang dajjal. Baginda s.a.w bersabda: Mahukah kalian jika aku
beritahu tentang apa yang lebih aku takuti daripada dajjal jika ia menimpa kalian? Kami
menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah s.a.w! Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasalla bersabda:
Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang bangun mendirikan solat dan memperelokkan solatnya
kerana ada orang melihatnya. [Sunan Ibnu Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4344, Al-Busairi
menyatakan Isnadnya Hasan dalam Misbah az-Zujajah]

Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata:

سََِمعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلمى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ ، يقَُولُ إِن أَولَ الناسِ يقُْضَى يوَْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُل اسْتُشْهِدَ ، فَأُتِ بِهِ فعَرفَه نِعَمَه فَعَرَفَها ، قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ قَالَ : قَاتَلْتُ فِيكَ حَتّي اسْتُشْهِدْتُ ، قَالَ : كَذَ بْتَ ، وَلَكِنكَ
قَاتلتلِأَنْ يالَ جَرِيء ، فَقَدْ قِيلَ ثُُم أُمِرَ بِهِ فَسُحِب عَلَى وَجْهِهِ حَتّي أُلْقِيَ فِي النارِ ،
Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Sesungguhnya manusia pertama
yang akan diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Beliau akan dibawa dan
Allah menunjukkan kepadanya nikmat-nikmat Nya, dan lelaki itu mengakuinya. Lalu Allah
bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah berperang
di jalan Mu sehingga aku mati syahid. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau
berperang agar engkau dipanggil pahlawan! Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran
itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian
dilempar ke dalam neraka.


وَرَجُل تَعَلمَ الْعِلْمَ وَعَلمه وَقَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَأُتِي بِهِ فَعَرفَه نِعَمَه فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : تَعَلمْتُ
الْعِلْمَ وَعَلمْتُه وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنكَ تَعَلمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِم وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ
قَارِئ ، فَقَدْ قِيلَ ثُُم أُمِرَبِهِ فَسُحِب عَلَى وَجْهِهِ حَتّي أُلْقِيَ فِي النارِ ،
(kemudian giliran) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca al-Quran.
Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah
bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah
mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca al-Quran kerana Mu. Allah menjawab: Engkau
bohong ! Sebaliknya engkau menuntut ilmu untuk dipanggil orang alim, dan engkau membaca al-
Quran untuk dipanggil Qari'. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian
lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke
dalam neraka.


وَرَجُل وَسعَ الله عَلَيْهِ وَأَعْطَاه مِنْ أَصْنَاف الْمَالِ كُلِّهِ ، فَأُتِي بهِ فَعَرفَه نِعَمَه فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟
، قَالَ : مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُُِحب أَنْ ينُْفَقَ فِيهَا إِلَا أَنْ فَقْتُ فِيهَا لَكَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ
هُوَ جَوَا د ، فَقَدْ قِيلَ ثُُم أُمِرَ بِهِ فَسُحِب عَلَى وَجْهِهِ ثُُم أُلْقِيَ فِي النارِ "
(kemudian giliran) seorang lelaki yang Allah telah meluaskan kepadanya harta, dan dia
memberikan hartanya kesemuanya kepada orang yang berhak. Dia dibawa dan Allah
menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : Apa yang
telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Tidak aku tinggalkan sedikit pun jalan yang
mana Engkau suka untuk harta dibelanjakan padanya melainkan aku membelanjakan harta aku
pada jalan itu untuk Mu. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau melakukan hal itu
untuk dipanggil dermawan. Engkau telah mendapat gelaran itu Kemudian lelaki itu diarahkan
untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.
[Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, , hadis no : 1905]

Daripada Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هََمهُ , فَرقَ اللهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بيَْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَْم يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَا مَا كُتِب لَهُ , وَمَنْ
كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيتَهُ , جَََعَ اللمهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَة . "
Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai fokus utamanya, Allah akan memisahkan urusannya, dan
Allah jadikan kemiskinan di hadapan matanya, dan Allah tidak memberikan kepadanya bahagian
di dunia ini melainkan apa yang telah tertulis untuknya. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai
tujuannya, Allah akan mengumpulkan urusannya, dan Allah menjadikan kekayaan di dalam
hatinya, dan Allah akan memberikan kepadanya dunia dan dunia pasti datang kepadanya
[Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4103, Shaikh Muqbil mensahihkannya dalam Al-Sahih
Al-Musnad]


عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِِي وَقاصٍ أَنهُ أَخْبَرَهُ أَن رَسُولَ اللهِ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ قَالَ "إِنكَ لَنْ تنُْفِقَ نفََقَةً تَبْتَغِي بَِِها وَجْهَ
"اللهِ إِلَا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتّي مَا تََْجعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ 
Sa’ad bin Abi Waqqas radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: Sesungguhnya, tidaklah kalian memberikan mengeluarkan belanja yang
dilakukan kerana mengharap wajah Allah, kecuali kalian akan diberikan ganjaran hingga pada
makanan yang kalian suapkan pada isteri kalian. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 56]


عَنْ أَبِِي هُريْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ : " مَنْ تَعَلمَ عِلْمًا مِِما يبتَغَى بِهِ وَجْهُ اللهِ عَز وجل 
لََا يتََعَلمُهُ إِلَا لِيُصِيبِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَْم يََِجدْ عَرْف الجنة يوم القيامة  " ، يعَْني رِيَُحهَا.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa
yang menuntut ilmu yang sepatutnya dipelajari untuk mengharapkan wajah Allah, tetapi dia tidak
mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan bahagian daripada dunia. Maka dia tidak akan dapat
menghidu bau syurga. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Ilm, hadis no: 3181]


عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، عَنِ النبِِِّي صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ قَالَ : " مَنْ طَلَب الْعِلْمَ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ ، أَوْ لِيُبَاهِيَ بِهِ
الْعُلَمَاءَ ، أَوْ لِيَصْرِف وُجُوهَ الناسِ إِلَيْهِ ، فَهُوَ فِي النارِ
‘Abdullah bin ‘Umar meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang
menuntut ilmu untuk berdebat dengan orang jahil, atau menyaingi ulama, atau agar manusia
memandang ke arahnya, maka dia di neraka. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Muqaddimah, hadis no:
249]


Kata-kata ulama mengenai niat


عن يُحيى بن أبِي كثير ، قال : تعلموا النِّية ، فإنَّها أبلغُ من العَمَلِ
Yahya bin Abu Kathir berkata: Pelajarilah niat. Sesungguhnya ia lebih penting daripada amal itu
sendiri.


وعن زُبَيدٍ اليامي ، قال : إنِِّّي لأحب أن تكونَ لي نية في كلِّ شيءٍ ، حتّي في الطمعام والشراب ، وعنه أنه قال
: انْوِ في كلِّ شيءٍ تريدُه الخيْرَ ، حتّى خروجك إلى الكُناسَةِ
Zubaid Al-Yami berkata: Aku suka agar aku memiliki niat untuk segala sesuatu. Hatta dalam makan
dan minum. Beliau juga berkata: Berniatlah dalam sesuatu yang engkau mahukan kebaikan hatta
ketika engkau keluar membuang sampah.


قال داود : والبُِِّر هَِمةُ التقيِّ ، ولو تعلقت جَميع جوارحه بحب الدُّنيا لردته يوماً نيتُهُ إلى أصلِهِ
Daud at-Thoie berkata: Kebaikan merupakan tujuan utama manusia yang bertaqwa. Seandainya
kesemua anggota tubuhnya melekat dengan kecintaan kepada dunia, suatu hari nanti, niatnya
akan mengembalikan dia kepada asalnya.


وعن سفيانَ الثوريِّ ، قال : ما عالجتُ شيئاً أشد علي من نيتي ؛ لأنَّها تتقلب علي
Sufyan at-Tsauri berkata: Aku tidak pernah menghadapi sesuatu yang lebih hebat daripada niat
ku. Ini kerana ia sering berubah-ubah.


وعن مطرِّف بن عبدِ الله قال : صلاحُ القلب بصلاحِ العملِ ، وصلاحُ العملِ بصلاحِ النيةِ
Muthorrif bin ‘Abdullah berkata: Baiknya hati berdasarkan baiknya amal. Baiknya amal
berdasarkan baiknya niat.


وعن ابن المبارك ، قال : رُب عملٍ صغيرٍ تعظِّمهُ النيةُ ، ور ب عمل كبيرٍ تُصَغِّره النية .
‘Abdullah bin al-Mubarak berkata: Boleh jadi ada amalan yang kecil menjadi besar kerana niat,
dan boleh jadi ada amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.


وقال الفضيلُ في قوله تعالى : ( لِيَبلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً  ) 2( ، قال : أخلصُه وأصوبُه . وقال : إن
العملَ إذا كان خالصاً ، ولم يكن صواباً ، لم يقبل ، وإذا كان صواباً ، ولم يكن خالصاً ، لم يقبل حتّّى يكونَ
( خالصاً صواباً ، قال : واْلخالصُ إذا كان لله - عز وجل - ، والصوابُ إذا كان على السُّنة 
Al-Fudhail berkata tentang firman Allah: Untuk menguji kalian siapakah antara kalian yang paling
baik amalannya [Al-Mulk : 2]: Yang paling ikhlas dan benar. Beliau berkata: Sesungguhnya apabila
amalan itu ikhlas tetapi tidak benar, maka ia tidak diterima. Apabila ia benar, tetapi tidak ikhlas,
ia juga tidak akan diterima sehinggalah amalan tersebut ikhlas dan benar. Ikhlas apabila amalan
itu dilakukan kerana Allah, dan benar apabila ia menepati sunnah.

fungsi Niat

Fungsi Niat:

Terdapat dua fungsi utama niat:

Pertama: Untuk membezakan jenis-jenis ibadah.

Niat berperanan untuk membezakan jenis-jenis ibadah yang dilakukan. Satu amalan yang secarazahirnya sama, akan tetapi niatnya berbeza, akan menentukan sah atau tidak amalan tersebut.Solat Zuhur dan Asar mempunyai jumlah rakaat dan tatacara ibadah yang sama. Yangmembezakan seseorang yang solat Zuhur dan Asar ialah niat mereka.Jika dua orang lelaki solat dalam waktu Asar. Seorang berniat mahu mendirikan solat Asar,seorang lagi menyangka itu adalah waktu Zuhur, lalu dia berniat solat Zuhur, maka solat orangyang berniat solat Zuhur tidak sah, kerana dia melakukan jenis ibadah yang tidak kena padawaktunya.Begitu juga seseorang yang masuk ke dalam bulan Ramadhan dan dia lupa itu adalah bulanRamadhan. Lalu hari tersebut dia berniat melakukan puasa sunat Sya’ban. Maka puasanya jugatidak sah kerana niatnya adalah untuk ibadah yang tidak kena pada waktunya.Inilah bab niat yang banyak dibahaskan oleh ulama-ulama feqh di dalam kitab-kitab mereka.


Kedua: Membezakan tujuan seseorang melakukan sesuatu amalan.

Ia berperanan untuk membezakan tujuan seseorang melakukan sesuatu. Adakah dia melakukan
kerana Allah atau untuk sesuatu yang lain. Inilah perkara paling penting dalam isu niat hakikatnya,
dan inilah perkara yang paling banyak disentuh oleh ulama-ulama terdahulu.
Disebabkan kepentingan membicarakan isu keikhlasan di dalam niat, maka Al-Imam Ibn Abi Ad-
Dunya mengarang sebuah kita bertajuk Ikhlas dan Niat  .(الإخلاص والنية)

Saturday, 18 March 2017

Kepentingan Niat

Kepentingan Niat

عَنْ عُمَرَ - رضي الله عنه - ، قال : سََِعْتُ رَسولَ اللهِ - صلى الله عليه وسلم -يقولُ : إنََّما الأعمَال
بالنِّ يماتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما ن وََى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْ رَتُهُ
  ((لِدُنْ يَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ ي نَْكِحُهَام فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ (( . رواهُ البُخاريُّ ومُسلِ م


‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya amalan itu mesti dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia
niatkan. Sesiapa yang hijrahnya ialah kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya ialah ialah
kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya adalah untuk dunia yang akan dia perolehi,
atau wanita yang akan dia nikahi. Maka hijrahnya itu untuk apa (tujuan) dia berhijrah kepadanya.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Status hadis:

Hadis ini merupakan sebuah hadis yang disepakati kesahihannya. Ia merupakan sebuah hadis yang
gharib kerana ia hanya melalui jalur periwayatan daripada:
Yahya bin Sa’id al-Ansori - Muhammad bin Ibrahim at-Taimi - ‘Alqamah bin Waqqas al-Laithi
- ‘Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu.
Selepas Yahya bin Sa’id barulah terdapat ramai periwayat daripada beliau antaranya: Imam Malik,
Al-Auzaie, Sufyan bin ‘Uyainah dan lain-lain. Dikatakan terdapat tujuh ratus orang yang
meriwayatkan daripada Yahya bin Sa’id al-Ansori.

Kedudukan Hadis:

Ramai ulama menyebutkan tentang keutamaan dan kedudukan hadis ini sebagai salah satu hadis
yang menjadi pokok atau asas kepada ajaran Islam.
Imam ‘Abdul Rahman bin Mahdi berkata:

لو صنمفتُ الأبوابَ ، لجعلتُ حديثَ عمرَ في الأعمالِ بالنِّ يةِ في كلّ بابٍ

Jika aku mahu menulis banyak bab. Nescaya aku akan menjadikan hadis ‘Umar tentang amalan
dengan niat pada setiap bab.

Imam al-Syafie berkata:

هذا الحديثُ ثلثُ العلمِ ، ويدخُلُ في سبعينَ باباً مِنَ الفقه

Hadis ini merupakan satu pertiga ilmu. Ia termasuk di dalam tujuh puluh bab feqh.

Imam Ahmad berkata:

أصولُ الإسلام على ثلاثة أحاديث: حديث عمرَ : الأعمالُ بالنيات، وحديثُ عائشة : مَنْ أحدثَ في أمرِنا
هذا ما ليس منهُ ، فهو ردٌّ ، وحديثُ النُّعمانِ بنِ بشيرٍ : الحلالُ بين ، والحَرامُ بين

Usul kepada Islam ialah tiga buah hadis: Hadis ‘Umar: Amalan mesti dengan niat, hadis ‘Aisyah:
Sesiapa yang mencipta perkara baru dalam urusan kami yang bukan daripadanya, maka ia
tertolak, dan hadis An-Nu’man bin Basyir: Halal itu jelas, dan haram itu jelas.

Sebab Wurud Hadis

Antara yang masyhur mengenai hadis ini ialah kisah Ummu Qais.

قَالَ عَبْدُ اللهِ:"مَنْ هَاجَرَ يبَْتَغِي شَيْئًا فهُوَ لَهُ"، قَالَ:"هَاجَرَ رَجُل لِيَتَزَجَ امْرَأَةً يقَُالُ لها: أُمُّ قَيْسٍ، وَكَانَ يُسَم مى
 .مُهَاجِرَ أُمِّ قَيْسٍ 

‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu berkata: Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan sesuatu,
maka itu yang akan dia dapat. Seorang lelaki telah berhijrah untuk mengahwini seorang wanita
yang dipanggil Ummu Qais. Lelaki itu dipanggil Muhajir Ummi Qais. [At-Thabrani dalam Al-Mu’jam
Al-Kabir, ‘Abdullah bin Mas’ud, no: 8455]
Zahih riwayat ini menunjukkan ia bukan berlaku di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Al-
Imam Ibn Rajab al-Hanbali, Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menolak dakwaan bahawa kisah ini
adalah sebab kepada hadis ‘Umar di atas.
Huraian teks hadis:

الأعمَال بالنِّ ياتِ

Amalan dengan niat.


Ulama berbeza pendapat, adakah amalan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah amalan-amalan
yang khusus yang memang memerlukan kepada niat seperti solat, puasa, zakat. Lalu
amalan-amalan yang menjadi kebiasaan seperti makan, minum, dan tidur tidak termasuk di
dalamnya.
Sebahagian ulama pula menyatakan hadis ini umum sehingga ia merangkumi amalan-amalan yang
menjadi kebiasaan seperti makan dan minum.
Potongan hadis ini menunjukkan bahawa penentuan baik atau buruk amalan seseorang
bergantung kepada niat atau sebab dia melakukannya. Sesuatu amalan yang baik, tetapi niat
dilakukan bukanlah atas tujuan yang baik, maka ia dikira sebagai satu perbuatan yang buruk. Akan
tetapi ini tidaklah bermaksud bahawa semua amalan menjadi baik hanya kerana niat yang baik.
Niat yang baik perlulah disertai dengan amalan yang baik.

لِكُلِّ امريءٍ ما نوََى

Untuk setiap orang, apa yang dia niatkan.

Ini menunjukkan bahawa balasan bagi setiap amalan tersebut bergantung kepada niatnya. Jika
niatnya baik, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran pahala. Jika niatnya buruk, maka
seseorang itu akan mendapat dosa. Ini bermaksud jika seseorang melakukan sesuatu yang mubah
(harus) dengan niat sekadar melakukan perkara yang harus, maka dia tidak mendapat apa-apa
pahala mahupun dosa.

Hadis 40 (imam al nawawi)

Adab Penuntut Ilmu

1. Ikhlas kerana Allah.

2. Menumpukan perhatian kepada majlis ilmu.

3. Menghormati ilmuan yang sedang mengajar di hadapan.

4. Bersabar jika kita melihat pada guru kita sesuatu yang kita tidak suka.

5. Menulis isi-isi penting pada ruangan kosong yang ada pada nota yang disediakan.

6. Elakkan berbual-bual ketika majlis ilmu berlangsung. Jika mempunyai kemusykilan,
    ajukan soalan kepada pembentang dan bukannya kepada rakan di sebelah.

8. Seandainya mempunyai soalan, tulis dan letakkan pada kotak yang disediakan.      
    juga dibenarkan secara lisan ketika sesi soal jawab berlangsung.


9. Pastikan telefon bimbit dimatikan atau berada dalam keadaan 'silent mode'. Elakkan
    daripada menggunakan telefon bimbit semasa penceramah semasa majlis ilmu.

10. Tundukkan pandangan. Ketika peserta Muslimah bertanyakan soalan, peserta lelaki
     hendaklah memandang ke hadapan dan bukan melihat ke arah Muslimah tersebut,  
     juga sebaliknya.

11. Berada di dalam dewan 5 minit sebelum slot bermula.

12. Berusaha untuk berada dalam majlis ilmu sehingga selesai kecuali apabila ada
      keperluan mendesak yang tidak dapat dielakkan.

13. Mengikut arahan yang diberikan oleh pengerusi majlis agar majlis ilmu berjalan
      lancar.