Saturday, 25 March 2017

Jenis-Jenis Amalan Yang Tidak Ikhlas

Jenis-Jenis Amalan Yang Tidak Ikhlas

Ia tidak ikhlas sepenuhnya.

Ini sebagaimana amal ibadah orang munafiq. Allah berfirman:

وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصلاةِ قَامُوا كُسَالَى يرَُاؤُونَ الناسَ وَلَ يَذْكُرُونَ اللهَ إلَا قَلِيلا 
Apabila mereka bangun mendirikan solat, mereka bangun dalam keadaan malas dan           menunjuk nunjuk kepada manusia.Mereka tidaklah mengingati Allah kecuali sedikit sahaja. [An-Nisa’ : 142]

فَوَيْل لِلْمُصَلِّينَ الذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِِِهمْ سَاهُونَ الذِينَ هُمْ يرَُاؤُونَ
Celakah bagi orang yang solat. Iaitu orang-orang yang lalai di dalam solatnya, dan mereka
menunjuk-nunjuk.
[Al-Ma’un : 4-6]

Amalan yang sebegini secara jelas ia ditolak oleh Allah, dan pelakunya berdosa besar.
Bercampur Ikhlas dan Riya’.Apabila sesuatu amalan itu, sejak awal lagi saat ia didirikan sudah termasuk di dalamnya niat riya’ maka amalan tersebut tidak diterima.

عَنْ أَبِِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : أَنَا أَغْنََ الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَه 
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah
berkata: Aku tidak memerlukan kepada sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dan
menyekutukan Aku pada amalan tersebut dengan selain Aku. Aku tinggalkan dia dan apa yang dia
syirikkan itu [Sahih Muslim, Kitab ar-Riqaq, hadis no: 2985]

عَنْ أَبِِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ ، قَالَ : " جَاءَ رَجُل إِلَى النبِِِّي صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ ، فَقَالَ : أَ رَأَيْتَ رَجُلا غَزَا يلَْتَمِسُ
الأَجْرَ وَالذِّكْرَ مَا لَهُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ : لَا شَيْ ءَ لَه ، فَأَعَادَهَا ثَلاثَ مَراتٍ ، يقَُولُ لَهُ
رَسُولُ اللهِ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ : لَا شَيْءَ لَهُ ، ثُُم قَالَ : إِن اللهَ لَا يقَْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلَا مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا
وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُه 
Abu Umamah al-Bahili radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam lalu berkata: Apa pandangan engkau tentang seorang lelaki yang berperang untuk
mendapat ganjaran dan kemasyhuran. Apakah yang akan dia perolehi? Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam menjawab: Dia tidak mendapat apa-apa. Lelaki itu mengulangi soalan sebanyak tiga kali,
dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Dia tidak mendapat apa-apa. Kemudian
baginda bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali ia dilakukan ikhlas dan
mengharapkan wajahNya. [An-Nasaie dalam As-Sunan Al-Kubra, Kitab al-Jihad, hadis no: 4231]

Akan tetapi jika asal ibadah itu adalah ikhlas, tetapi di tengah-tengah ibadah muncul perasaan
riya’, maka ia terbahagi kepada beberapa kategori:

A- Riya’ muncul di tengah-tengah ibadah, lalu kita menolak perasaan riya’ itu. Ulama’
sepakat amalan itu diterima oleh Allah.

B- Perasaan riya’ yang muncul di tengah-tengah ibadah itu berterusan sehingga ke akhir
ibadah.

- Sebahagian ulama menyatakan amalan itu diterima. Imam Ahmad dan Ibnu Jarir at-Thabari
berkata amalannya diterima berdasarkan niat awalnya yang ikhlas. Ini berdasarkan sebuah
riwayat mursal:

عَنْ عَطَاءٍ الجرَُْْاسَانِِِّّي ، أَن رَجُلا ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، إِن بَني سَلِمَة كلهُمْ يقَُاتِلُ ، فَمِنْ هُمْ مَنْ يقَُاتِلُ لِلدُّنْيَا
، وَمِنْ هُمْ مَنْ يقَُاتِلُ ، يعَْني نََْجدَةً ، وَمِنْ هُمْ مَنْ يقَُاتِلُ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ ، فَأَيهُُّمُ الشهِيدُ ؟ قَالَ : كُلُّهُمْ إِذَا كَانَ
أَصْلُ أَمْرِهِ أَنْ تَكُونَ كَلِمَة اللهِ هِيَ الْعُلْيَا.
‘Atho’ al-Khurasaniyy meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya
semua orang daripada Bani Salamah pergi berperang. Sebahagian mereka pergi berperang untuk
habuan dunia, sebahagian lagi berperang sekadar untuk membantu, dan sebahagian lagi
berperang untuk mendapatkan wajah Allah. Siapakah di antara mereka yang syahid? Baginda
menjawab: Semua mereka, selagi mana asal tujuan mereka ialah menjadikan kalimah Allah
sebagai yang tertinggi. [Abu Daud dalam Al-Marasil, Bab Fi Fadhl al-Jihad, no: 321]

Imam ath-Thabari berkata ini berkaitan amalan seperti solat dan puasa, yang mana niatnya adalah
syarat daripada sejak awal hingga akhir. Adapun untuk sedekah, zikir, membaca al-Quran, maka
ia memerlukan kepada niat yang baru. Ini bermaksud amalan tadi yang bercampur dengan riya’
tidak akan dikira.

No comments:

Post a Comment